Tuesday, October 27, 2009

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Tingkatan 4 mulai 22 Oktober 2009
Tingkatan 1 dan 2 mulai 2 November 2009

Friday, October 2, 2009


ASSALAMUALAIKUM.

GURU-GURU SERTA PELAJAR,

ALHAMDULILLAH BERKAT USAHA GURU-GURU SERTA PELAJAR, DENGAN KEHENDAK ALLAH JUGA, KITA MASIH MAMPU BERADA PADA KEDUDUKAN YANG TINGGI DI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DALAM DAERAH KITA,DI DALAM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN , AKHIR TAHUN 2009 SERTA PERCUBAAN PMR DAN SPM. INI ADALAH NIKMAT DARIPADA ALLAH KEPADA SEKOLAH KITA, GURU-GURU SERTA PELAJAR-PELAJAR.

TANPA USAHA DAN PENYERAHAN TOTAL KEPADA ALLAH, TENTU SEKALI KITA TIDAK BERADA PADA KEDUDUKAN INI DAN TIDAK MEMPUNYAI MOTIVASI YANG TINGGI DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK DIDIK KITA.

SAMA-SAMA KITA BERDOA UNTUK MELIHAT KEJAYAAN MEREKA DALAM PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2009. KITA TELAH BERUSAHA, KITA TELAH CUBA MENGADAKAN SEGALA-GALANYA UNTUK MEMBANTU PELAJAR KITA, SEMOGA KITA DAPAT RAIKAN KEJAYAAN MEREKA BERSAMA NANTI, INSYA ALLAH.

KEPADA SEMUA PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2009 , KATAKAN PADA DIRI ANDA ....."BE THE BEST".

SEKIAN.

DARI MEJA

PN.HJH.ROHANI BT BAKAR
PENGETUA



Assalamualaikumwarahmatullah kepada semua pengunjung blog terutama guru-guru yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, Bersyukur kepada Allah kerana kita telah sampai ke penghujung sesi persekolahan. Segala usaha yang telah kita curahkan kepada pelajar-pelajar, moga-moga diberkati Allah. Allah jua penentu kemenjadian pelajar. Jika kemenjadian pelajar hasil daripada usaha gigih kita dengan ikhlas kerana Allah, tanpa mengharapkan ganjaran manusia , mudah-mudahan kita mendapat matlamat yang lebih jauh iaitu keredhaan Allah di akhirat nanti.

PMR dan SPM telah terlalu hampir. Masa singkat tetapi masih sempat. Bersamalah kita berdoa agar semua pelajar akan cemerlang dalam peperiksaan mereka, sama ada peperiksaan akhir tahun (tingkatan 1,2 dan 4), PMR (tingkatan 3)dan SPM (tingkatan 5). Marilah kita nantikan untuk meraikan kejayaan mereka. Kejayaan itu milik Allah. Bersyukurlah, jika hasil usaha kita, Allah kurniakan kejayaan yang tidak kita duga. Begitu sebaliknya, jangan kita kecewa dengan kegagalan pelajar. Buatlah refleksi diri (muhasabah diri) dan berbahagialah kerana kita telah curahkan seluruh tenaga kita untuk mendidik mereka. mudah-mudahan kita mendapat ganjaran dari Allah di akhirat nanti.

Akhir kata, kepada guru yang dimuliakan Allah, berdoalah untuk kejayaan pelajar. Kepada pelajar, teruskan usaha dan berdoa, seterusnya bertawakkal (berserah diri) kepada Allah. Mudah-mudahan Allah perkenankan cita-cita anda yang tinggi itu.

Wassalam

Dari meja

Mohamad bin Yusof
Penolong Kanan

Thursday, October 1, 2009

Solat Hajat Perdana Calon PMR & SPM 2009

Tarikh : 01 Oktober 2009
Masa : 6.30 Petang
Tempat : Dewan Jauhari

Semua ibu bapa calon-calon PMR & SPM 2009 digalakkan hadir