Sunday, October 24, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2010



Jangan direnung betapa letihnya usaha, tetapi renunglah betapa manisnya sebuah kejayaan.
Iringlah doa beserta tawakal dalam setiap usahamu, semoga kejayaan milik bersama.







Sunday, October 10, 2010

Info JPNJ:Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional dan Teknik Tahun 2011

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Y.A.B. Tan Sri, Y.B Datuk, Y.B Dr.
Yg. Bhg. Tan Sri/Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 dibuka bermula 04 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my)
Sekian untuk makluman
Terima Kasih.

Info KPM : Lanjutan Tempoh Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Sekian, terima kasih.