Tuesday, July 16, 2013

HARI PERSEKOLAHAN GANTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

Untuk makluman warga SMK Simpang Rengam, berikut adalah tarikh persekolahan ganti sempena Deepavali

TARIKH CUTI : 4 NOVEMBER 2013 (ISNIN)

TARIKH GANTI : 20 JULAI 2013 (SABTU)

Harap maklum.
UPDATE PENCAPAIAN SMK SIMPANG RENGAM DALAM PEPERIKSAAN PMR DAN SPM

Berikut adalah maklumat pencapaian sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menyumbang kepada kenaikkan peratus pencapaian sekolah.Teruskan usaha anda dalam mengharumkan nama sekolah.








SOLAT HAJAT PERDANA 2013

Pada 4 JULAI 2013, SMK Simpang Rengam telah berjaya melaksanakan program solat hajat perdana, bacaan yasin dan doa selamat sempena peperiksaan yang akan berlangsung pada tahun ini...Terima kasih diucapkan kepada semua yang mengambil bahagian dalam majlis yang penuh keberkatan ini...Semoga  seluruh pelajar SMK Simpang Rengam dapat belajar dengan lebih bersemangat dan 
bersungguh-sungguh..insyaAllah..






TAHNIAH!!!

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua atlet yang mengambil bahagian dalam Pasukan Bola Sepak Kami Anak Simpang Rengam...jasamu dikenang! 


Pasukan Kami Anak Simpang Rengam (KASR) FC telah menyertai Liga 1MC bawah 14 tahun bagi Zon Selatan di Batu Pahat baru-baru ini..Pasukan ini telah berjaya menjuarai Liga ini dengan jayanya setelah menundukkan semua lawannya dengan skil-skil cemerlang yang berjaya dipamerkan. 

Untuk makluman, pasukan ini ditubuhkan dengan menggabungkan pelajar dari 3 buah sekolah iaitu SMK Dato' Abdul Rahman Andak, SM Datuk Ibrahim Majid dan SMK Simpang Rengam. Jurulatih pasukan ini ialah Encik Rosli Utoh.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk bergiat aktif dalam bidang sukan dan berusaha untuk menjadi yang terbaik!

Senarai keputusan:

Pemain terbaik perlawanan akhirFauzan Ikmal 2KAA3


Johan: Kami Anak Simpang Rengam (KASR)
Naib johan: Footwork Skill A
Ketiga: Muda FC
Keempat: Harimau Mega B
Penjaga gol terbaik: Mohd Zulhaiqal (KASR)
Penjaring terbanyak: Mohamad Lokman Hakim (Footwork Skill A)
Pemain tebaik Liga: Mohamad Hairol Badrul (Footwork Skill A)
Trofi permainan bersih: Footwork Skill

MAKLUMAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR DAN SPM 2013

BERIKUT ADALAH TARIKH PENTING UNTUK MAKLUMAN SEMUA:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR

TARIKH: 26 JULAI- 2 OGOS 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

TARIKH: 26 OGOS