Tuesday, July 16, 2013

HARI PERSEKOLAHAN GANTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

Untuk makluman warga SMK Simpang Rengam, berikut adalah tarikh persekolahan ganti sempena Deepavali

TARIKH CUTI : 4 NOVEMBER 2013 (ISNIN)

TARIKH GANTI : 20 JULAI 2013 (SABTU)

Harap maklum.
UPDATE PENCAPAIAN SMK SIMPANG RENGAM DALAM PEPERIKSAAN PMR DAN SPM

Berikut adalah maklumat pencapaian sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menyumbang kepada kenaikkan peratus pencapaian sekolah.Teruskan usaha anda dalam mengharumkan nama sekolah.








SOLAT HAJAT PERDANA 2013

Pada 4 JULAI 2013, SMK Simpang Rengam telah berjaya melaksanakan program solat hajat perdana, bacaan yasin dan doa selamat sempena peperiksaan yang akan berlangsung pada tahun ini...Terima kasih diucapkan kepada semua yang mengambil bahagian dalam majlis yang penuh keberkatan ini...Semoga  seluruh pelajar SMK Simpang Rengam dapat belajar dengan lebih bersemangat dan 
bersungguh-sungguh..insyaAllah..






TAHNIAH!!!

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua atlet yang mengambil bahagian dalam Pasukan Bola Sepak Kami Anak Simpang Rengam...jasamu dikenang! 


Pasukan Kami Anak Simpang Rengam (KASR) FC telah menyertai Liga 1MC bawah 14 tahun bagi Zon Selatan di Batu Pahat baru-baru ini..Pasukan ini telah berjaya menjuarai Liga ini dengan jayanya setelah menundukkan semua lawannya dengan skil-skil cemerlang yang berjaya dipamerkan. 

Untuk makluman, pasukan ini ditubuhkan dengan menggabungkan pelajar dari 3 buah sekolah iaitu SMK Dato' Abdul Rahman Andak, SM Datuk Ibrahim Majid dan SMK Simpang Rengam. Jurulatih pasukan ini ialah Encik Rosli Utoh.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk bergiat aktif dalam bidang sukan dan berusaha untuk menjadi yang terbaik!

Senarai keputusan:

Pemain terbaik perlawanan akhirFauzan Ikmal 2KAA3


Johan: Kami Anak Simpang Rengam (KASR)
Naib johan: Footwork Skill A
Ketiga: Muda FC
Keempat: Harimau Mega B
Penjaga gol terbaik: Mohd Zulhaiqal (KASR)
Penjaring terbanyak: Mohamad Lokman Hakim (Footwork Skill A)
Pemain tebaik Liga: Mohamad Hairol Badrul (Footwork Skill A)
Trofi permainan bersih: Footwork Skill

MAKLUMAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR DAN SPM 2013

BERIKUT ADALAH TARIKH PENTING UNTUK MAKLUMAN SEMUA:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR

TARIKH: 26 JULAI- 2 OGOS 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

TARIKH: 26 OGOS



Sunday, October 2, 2011

SELAMAT DATANG





Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi


Kami warga SMK Simpang Rengam mengalukan kedatangan Pengetua baru iaitu Tuan Haji Ahmad bin Awang. Selamat Bertugas.



Sunday, September 25, 2011

Solat Hajat Perdana




23 September 2011 - SMK Simpang Rengam menjalankan Solat Hajat Perdana untuk pelajar- pelajar PMR dan SPM 2011. Semoga doa dan usaha pelajar-pelajar SMK Simpang Rengam dimakbulkan. Amin..

kepada semua pelajar dan yang terlibat, jangan lupa adab ketika berjemaah ye,, (^_^)

Thursday, August 25, 2011

SALAM AIDILFITRI 2011



Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia,

Alhamdullillah, sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, akhirnya kita akan berjumpa bulan Syawal yang penuh kemeriahan. Kami, warga SMK Simpang Rengam mengucapkan Salam Aidilfitri, sejuta kemaafan kami pohon kepada semua yang pernah bekerjasama dengam warga SMK Simpang Rengam secara langsung mahupun tidak langsung. Maaf Zahir dan Batin.
Pesanan dari kami, berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung halaman. bagi pelajar- pelajar yang bakal menduduki percubaan SPM, gunakan masa anda dengan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran.



Thursday, August 18, 2011

SEMASA : Peperiksaan Percubaan PMR & SPM



Salam Ramadhan,
Selamat Menjalani Peperiksaan Percubaan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.


Qoute of the Day:

Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is to not stop questioning.

Albert Einstein

Tuesday, August 2, 2011

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA


Majlis Persaraan Pengetua SMK Simpang Rengam - 29 Julai 2011


persembahan para pelajar SMK SIMPANG RENGAM


Monday, August 1, 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN


Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh warga SMK Simpang Rengam.

Hari Koperasi SMK Simpang Rengam


Tuesday, July 26, 2011

Latihan Kebakaran



Latihan Kebakaran SMK Simpang Rengam- (Khamis 7 Julai 2011) dengan kerjasama Balai Bomba Rengam

Hari Terbuka - 23 Jun 2011

Hari Terbuka SMK Simpang Rengam, 23 Jun 2011 - Khamis

Hari Sukan & Larian 1 Malaysia

Larian 1 Malaysia
barisan perbarisan rumah sukan

Sunday, June 26, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKSR KALI KE 12 2011



Acara Padang Sebelum Sukan 2011

28 Jun 2011 (SELASA)
Lompat Jauh, Lontar Peluru, Lompat Tinggi, Rejam Lembing, Lempar Cakera

29 Jun 2011 (RABU)
Lompat Jauh, Lontar Peluru, Lompat Tinggi, Rejam Lembing, Lempar Cakera dan Tarik Tali

Susunan Acara Hari Kejohanan
2 Julai 2011 (SABTU)

7.15 Pagi : Pelajar berkumpul di padang
7.30 Pagi : Senaman memanas badan
7.45 Pagi : Larian serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
8.3o Pagi : Upacara Pembukaan Rasmi
9.00 Pagi : Acara Sukan di mulakan
11.00 Pagi : Penutup dan penyampaian Hadiah


Thursday, June 23, 2011

Sambutan Hari Koperasi 2011

Sambutan Hari Koperasi 2011 akan berlangsung pada Sabtu, 26 Jun 2011.
Bermula jam 8.00 pagi- 1.30 ptg.
Di jemput pelajar, ibu bapa, kakitangan sekolah serta bekas pelajar dan bekas guru atau kakitangan SMK Simpang Rengam untuk memeriahkan sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah tahun 2011.

KARNIVAL SAINS PERINGKAT SEKOLAH

CORAT-CORET SEKITAR KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI SMKSR

Perasmian Minggu Karnival Sains di rasmikan oleh Puan Hajah Rohani binti Bakar.


Pertandingan Roket Sasar dan Rokat Parachute
Pertandingan Saintis Muda




Friday, April 8, 2011

GERAK GEMPUR SAINS & MATH

Salam 1 Malaysia.

Bagi pemantapan prestasi pelajar-pelajar SMK Simpang Rengam, pihak sekolah telah menjalankan Gerak Gempur bagi matapelajaran Sains dan Matematik bagi setiap tingkatan. Berikut merupakan jadual Gerak Gempur yang dijalankan:

Jadual Gerak Gempur

Tingkatan 3:

MATEMATIK - KERTAS 2 : 7.50-9.50 PAGI
SAINS - KERTAS 1: 10.20-11.20 PAGI
SAINS - KERTAS 2: 11.35-1.05 PETANG

TINGKATAN 4 :

MATEMATIK - KERTAS 2 : 7.55-10.25 PAGI
MATEMATIK TAMBAHAN : 7.40-9.10 PAGI
FIZIK : 9.25-10.25 PAGI
SAINS TERAS : 10.50-1.05 PETANG
BIOLOGI : 10.50-1.05 PETANG
KIMIA : 12.05-1.05 PETANG

TINGKATAN 5 :

MATEMATIK - KERTAS 2 : 7.55-10.25 PAGI
MATEMATIK TAMBAHAN : 7.40-9.10 PAGI
KIMIA : 9.25-10.25 PAGI
SAINS TERAS : 10.50-1.05 PETANG
BIOLOGI : 10.50-1.05 PETANG
FIZIK : 12.05-1.05 PETANG

Tuesday, December 14, 2010

INFO SMK SIMPANG RENGAM : KEPADA PARA IBU BAPA & PELAJAR

Hari Jualan Buku
Ting. 1 & 2 : 21 Disember 2010 (Selasa)
Ting. 3,4 & 5 : 22 Disember 2010 (Rabu)

Masa : 8.15 - 1.30 tengahari
Kaunter Bayaran : Dewan Jauhari
Ambilan Buku : Gimnasium Sekolah (Blok A - Aras Bawah)
Ambilan Seluar Sukan : Koperasi Sekolah

Hari Pendaftaran Pelajar Ting. 1 : 1 Januari 2011 (Sabtu)

Pendaftaran Pelajar Asrama : 2 Januari 2011 (Ahad)