Tuesday, October 27, 2009

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Tingkatan 4 mulai 22 Oktober 2009
Tingkatan 1 dan 2 mulai 2 November 2009

Friday, October 2, 2009


ASSALAMUALAIKUM.

GURU-GURU SERTA PELAJAR,

ALHAMDULILLAH BERKAT USAHA GURU-GURU SERTA PELAJAR, DENGAN KEHENDAK ALLAH JUGA, KITA MASIH MAMPU BERADA PADA KEDUDUKAN YANG TINGGI DI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DALAM DAERAH KITA,DI DALAM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN , AKHIR TAHUN 2009 SERTA PERCUBAAN PMR DAN SPM. INI ADALAH NIKMAT DARIPADA ALLAH KEPADA SEKOLAH KITA, GURU-GURU SERTA PELAJAR-PELAJAR.

TANPA USAHA DAN PENYERAHAN TOTAL KEPADA ALLAH, TENTU SEKALI KITA TIDAK BERADA PADA KEDUDUKAN INI DAN TIDAK MEMPUNYAI MOTIVASI YANG TINGGI DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK DIDIK KITA.

SAMA-SAMA KITA BERDOA UNTUK MELIHAT KEJAYAAN MEREKA DALAM PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2009. KITA TELAH BERUSAHA, KITA TELAH CUBA MENGADAKAN SEGALA-GALANYA UNTUK MEMBANTU PELAJAR KITA, SEMOGA KITA DAPAT RAIKAN KEJAYAAN MEREKA BERSAMA NANTI, INSYA ALLAH.

KEPADA SEMUA PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2009 , KATAKAN PADA DIRI ANDA ....."BE THE BEST".

SEKIAN.

DARI MEJA

PN.HJH.ROHANI BT BAKAR
PENGETUA



Assalamualaikumwarahmatullah kepada semua pengunjung blog terutama guru-guru yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, Bersyukur kepada Allah kerana kita telah sampai ke penghujung sesi persekolahan. Segala usaha yang telah kita curahkan kepada pelajar-pelajar, moga-moga diberkati Allah. Allah jua penentu kemenjadian pelajar. Jika kemenjadian pelajar hasil daripada usaha gigih kita dengan ikhlas kerana Allah, tanpa mengharapkan ganjaran manusia , mudah-mudahan kita mendapat matlamat yang lebih jauh iaitu keredhaan Allah di akhirat nanti.

PMR dan SPM telah terlalu hampir. Masa singkat tetapi masih sempat. Bersamalah kita berdoa agar semua pelajar akan cemerlang dalam peperiksaan mereka, sama ada peperiksaan akhir tahun (tingkatan 1,2 dan 4), PMR (tingkatan 3)dan SPM (tingkatan 5). Marilah kita nantikan untuk meraikan kejayaan mereka. Kejayaan itu milik Allah. Bersyukurlah, jika hasil usaha kita, Allah kurniakan kejayaan yang tidak kita duga. Begitu sebaliknya, jangan kita kecewa dengan kegagalan pelajar. Buatlah refleksi diri (muhasabah diri) dan berbahagialah kerana kita telah curahkan seluruh tenaga kita untuk mendidik mereka. mudah-mudahan kita mendapat ganjaran dari Allah di akhirat nanti.

Akhir kata, kepada guru yang dimuliakan Allah, berdoalah untuk kejayaan pelajar. Kepada pelajar, teruskan usaha dan berdoa, seterusnya bertawakkal (berserah diri) kepada Allah. Mudah-mudahan Allah perkenankan cita-cita anda yang tinggi itu.

Wassalam

Dari meja

Mohamad bin Yusof
Penolong Kanan

Thursday, October 1, 2009

Solat Hajat Perdana Calon PMR & SPM 2009

Tarikh : 01 Oktober 2009
Masa : 6.30 Petang
Tempat : Dewan Jauhari

Semua ibu bapa calon-calon PMR & SPM 2009 digalakkan hadir

Sunday, August 16, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

Kepada semua pelajar tingkatan 3, pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR 2009 mulai 17 - 21 Ogos 2009. Diharap para pelajar dapat membuat yang terbaik buat diri anda dan sekolah. Kepada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 Selamat Menduduki UKK2 mulai 18-21 Ogos 2009. Selamat Berjaya!!

Wednesday, July 1, 2009

HARI TERBUKA SMKSR 2009

SMK Simpang Rengam akan mengadakan Hari Terbuka 2009.
Diharap para ibu bapa pelajar dapat menghadirkan diri pada hari tersebut bagi mengetahui perkembangan semasa akademik dan masalah anak-anak.

Tarikh : 3 Julai 2009
Hari : Jumaat
Jam : 7.30 - 12.30 (sesi pagi)
2.30 - 5.30 (sesi petang)


Diharap para ibu bapa dapat menghadirkan diri bagi meneruskan kecemerlangan SMK Simpang Rengam.
Sekian Terima Kasih.

Monday, June 22, 2009

HARI KOPERASI SEKOLAH 2009

Tema : Integrasi Koperasi Sekolah Dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan

Tarikh : 22 - 27 Jun 2009

PROGRAM SEPANJANG MINGGU SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2009

TARIKH

PROGRAM / AKTIVITI

Isnin (22.06.09)

8.00 - 10.00 pagi

Majlis Perhimpunan Khas (Pelajar sesi pagi)

Persembahan Dikir Hari Koperasi

Penanaman Pokok

11.00 - 1.00 tgh

Ceramah daripada Koperasi Dewasa iaitu :

Koperasi Bumijaya Melaka Berhad

2.00 - 4.00 ptg

Majlis Perhimpunan Khas (Pelajar sesi petang)

Selasa (23.06.09)

8.00 - 10.00 pagi

Car Wash

10.00 - 1.00 tgh

Ceramah daripada Seksyen Hal Ehwal Pengguna

P ejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna Negeri Johor (KDNHEP)

Rabu (24.06.09)

7.30 - 8.30 pagi

Senaman aerobik

8.00 - 10.00 pagi

Car Wash

10.00 - 1.00 tgh

Ceramah PLKN

12.00 - 1.00 tgh

Kuiz Koperasi ( Pelajar sesi petang )

1.10 - 2.10 ptg

Kuiz Koperasi ( Pelajar sesi pagi )

2.30 - 5.30 ptg

Lawatan ke Koperasi UTM Berhad

Khamis(25.06.09)

8.00 - 10.00 pagi

Explorace Alam Sekitar (Pelajar sesi pagi)

Ceramah Pencegahan Jenayah dari Ketua Balai Polis Simpang Rengam

8.00 - 10.00 pagi

Car Wash

3.30 - 5.30 ptg

Explorace Alam Sekitar (Pelajar sesi petang )

Jumaat (26.06.09)

8.00 - 10.00 ptg

Gotong-royong (pelajar sesi pagi)

4.30 - 6.30 ptg

Gotong-royong (pelajar sesi petang)

Sabtu (27.06.09)

8.00 - 2.00 ptg

Karnival Jualan ( Koperasi Dewasa, Masyarakat Setempat, UPS, Kelab & Persatuan)

Pertandingan Entreprenuership Kick Start

Pertandingan Melukis dan Mewarna

Pertandingan Futsal

Pertandingan Petanque ( Sekolah-sekolah Daerah Kluang dan Koperasi Dewasa )

Pameran Agensi Kerajaan dan NGO

1) Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor

2) Rakan Muda

3) Polis (Jenayah, Trafik dan Dadah)

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MEMULA SESI BARU PERSEKOLAHAN 2009


ASSALAMUALAIKUM


Kepada Semua Guru dan Pelajar

Selamat Kembali ke sekolah memulakan sesi tahun 2009 dengan azam yang sentiasa diperbaharui agar hari esuk lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam. Marilah kita semua mendidik hati kita agar bekerja dengan ikhlas kerana Allah, penuh dedikasi, berintigriti, amanah dan bermatlamatkan semata-mata mencari keredhaan Allah . Mudah-mudahan kerja-kerja yang kita lakukan dipermudahkan oleh Allah dan dinilai oleh Allah sebagai satu usaha untuk membangunkan anak didik kita serta mendapat ganjaran dari Allah diakhirat nanti.

Fokus Pengetua 2009

1. Pembentukan Modal Insan berpaksikan Ketuhanan
2. Pengurusan Sekolah dan kewangan berkesan
3. Peningkatan Akademik
4. Peningkatan Kokurikulum
5. Pengurusan Sumber manusia yang berkesan
6. Penggunaan teknologi maklumat secara maksima



Klik 2 X untuk dapat imej yang besar