Sunday, October 10, 2010

Info KPM : Lanjutan Tempoh Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Sekian, terima kasih.

Wednesday, September 22, 2010

Selamat Menduduki PMR 2010



05/10/2010 - 12/10/2010

JADUAL PMR & SPM 2010

Sila Klik Di bawah :

  1. JADUAL PMR 2010
  2. JADUAL SPM 2010

SALAM AIDILFITRI

Seluruh Warga SMK Simpang Rengam ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam. Semoga lebaran kali ini membawa keberkatan kepada kita. Insyaallah.



Thursday, August 26, 2010

Majlis Persaraan Guru, Tn Hj Mohd Ramli Bin Hj Nawawi

Pihak Sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn Hj Mohd Ramli diatas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan Tn Hj Mohd Ramli di sekolah ini.
Untuk itu, pihak sekolah sentiasa akan mendoakan kesejahteraan serta dilimpahi rahmat oleh Allah jua hendaknya. Amin.

Thursday, July 1, 2010

HARI KOPERASI 2010

Semua dijemput beramai-ramai memeriahkan lagi Hari Koperasi SMK Simpang Rengam yg bakal berlangsung pada
Hari : Sabtu
Tarikh : 03 Julai 2010
Masa : 8.00 pagi