Tuesday, December 14, 2010

E- PENYATA GAJI

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah membangunkan sistem e-PENYATA GAJI bagi kemudahan penjawat awam. penjawat awam perlu mencetak sendiri penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan dengan melayari laman web JANM http://.www.anm.gov.my Penyata gaji boleh dicetak satu hari sebelum tarikh bayaran gaji selama 18 bulan. Tarikh pelaksanaan e-PENYATA GAJI akan dilaksanakan pada bulan November 2010

SEMAKAN KEMASUKAN KE SEKOLAH TEKNIK/VOKASIONAL 2011

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 telah dibuka bermula 01 Disember 2010 (Rabu) melalui laman webKementerian Pelajaran Malaysia. Klik Disini untuk maklumat lanjut.
Sekian untuk makluman
Terima Kasih.

Keputusan Permohonan KRK / SMKA / KAA / Sekolah Kawalan

Sila Klik Disini : http://www.ppdpontian.edu.my/index.php/krk.html
Untuk menyemak Keputusan Permohonan KRK / SMKA / KAA / Sekolah Kawalan secara 'online'
(Tidak termasuk daerah Johor Bahru dan Segamat)
Sila masukkan Angka Giliran UPSR.

Kepada yang berjaya,TAHNIAH.
Kepada yang tidak,TERUSKAN USAHA PASTI BERJAYA.

Tuesday, November 9, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah & Jamuan Akhir Tahun 2010

Tarikh : 10 November 2010
Masa : 1.15 Petang
Tempat : Dewan Jauhari SMK Simpang Rengam

Tahniah kepada semua Penerima Anugerah & seluruh warga SMK Simpang Rengam

Sunday, October 24, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2010



Jangan direnung betapa letihnya usaha, tetapi renunglah betapa manisnya sebuah kejayaan.
Iringlah doa beserta tawakal dalam setiap usahamu, semoga kejayaan milik bersama.







Sunday, October 10, 2010

Info JPNJ:Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional dan Teknik Tahun 2011

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Y.A.B. Tan Sri, Y.B Datuk, Y.B Dr.
Yg. Bhg. Tan Sri/Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 dibuka bermula 04 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my)
Sekian untuk makluman
Terima Kasih.

Info KPM : Lanjutan Tempoh Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Sekian, terima kasih.

Wednesday, September 22, 2010

Selamat Menduduki PMR 2010



05/10/2010 - 12/10/2010

JADUAL PMR & SPM 2010

Sila Klik Di bawah :

  1. JADUAL PMR 2010
  2. JADUAL SPM 2010

SALAM AIDILFITRI

Seluruh Warga SMK Simpang Rengam ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam. Semoga lebaran kali ini membawa keberkatan kepada kita. Insyaallah.