Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
MULAKAN DENGAN LANGKAH YANG BETUL
Assalamualaikum,
Guru...oh guru....
Selamat melangkah ke tahun 2010. Tentu sekali kita membawa satu misi dengan keazaman yang cukup tinggi terutama dalam melayari tahun 2010 bagi meningkatkan prestasi diri dan prestasi organisasi.
Kita akan terus melangkah ... langkah demi langkah...
Kita nak jadikan langkah kita bebaloi dunia dan akhirat. Kalau begitu, kita kena terima secara ikhlas segala tugas yang diberi. Tidak kira betapa sukarnya, tetapi yang pasti...dan Insya Allah ... Allah akan beri ganjaran di dunia dan akhirat.
Pasang niat dipermulaan langkah kita agar ia jadi ibadah. Niatkan "kerana Allah".
Maksud hadis... Tidak diterima amal melainkan kerana Allah dan mahukan keredhaanNya.
Rakan-rakan guru ...
Kita kena redha dengan pelajar-pelajar kita, tidak kira mereka pandai ataupun tidak. Jangan perlekehkan mereka kerana kita tidak tahu mereka yang kita perlekehkan satu hari nanti akan menjadi orang yang dihormati. Mereka seperti anak-anak kita juga. Ada yang cerdik dan ada yang kurang cerdik. Ada mendengar cakap/nasihat dan ada yang tidak. Terimalah seadanya.
Berdoalah untuk mereka dengan doa yang baik-baik. Mana tahu doa cikgu sangat makbul ketika itu. Pelajar berubah... Guru dapat keredhaan dari Allah disebabkan keikhlasan cikgu.
Jadilah murobbi yang mendidik kerana Allah.
Guru...betulkan langkahmu....
Azam tahun 2010

Subscribe to:
Posts (Atom)