Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MEMULA SESI BARU PERSEKOLAHAN 2009


ASSALAMUALAIKUM


Kepada Semua Guru dan Pelajar

Selamat Kembali ke sekolah memulakan sesi tahun 2009 dengan azam yang sentiasa diperbaharui agar hari esuk lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam. Marilah kita semua mendidik hati kita agar bekerja dengan ikhlas kerana Allah, penuh dedikasi, berintigriti, amanah dan bermatlamatkan semata-mata mencari keredhaan Allah . Mudah-mudahan kerja-kerja yang kita lakukan dipermudahkan oleh Allah dan dinilai oleh Allah sebagai satu usaha untuk membangunkan anak didik kita serta mendapat ganjaran dari Allah diakhirat nanti.

Fokus Pengetua 2009

1. Pembentukan Modal Insan berpaksikan Ketuhanan
2. Pengurusan Sekolah dan kewangan berkesan
3. Peningkatan Akademik
4. Peningkatan Kokurikulum
5. Pengurusan Sumber manusia yang berkesan
6. Penggunaan teknologi maklumat secara maksima



Klik 2 X untuk dapat imej yang besar

Saturday, August 23, 2008

PERUBAHAN...PERUBAHAN...PERUBAHAN


ORGANISASI SMKSR

(Tarikh : 24 OGOS 2008)


Pn.Hjh.Rohani bt Bakar
Pengetua Kanan

Tn.Hj.Mohamad Bin Yusof
Penolong Kanan

En.Paimin@A.Halim bin A.Jalil
Penolong Kanan HEM

Pn.Rushizah bt Basyir
Penolong Kanan Petang

En.Nor Ali bin Subandi
Penolong kanan Kokurikulum

Pn.Nik Hasni bt Nik Mahmood
Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa

Tn.Hj.Hanafi bin Jasman
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik

Pn.Hjh.Sokiah bt Siren
Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan

Pn.Rahimah bt Ibrahim
Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional

Pertukaran :

En.Abd.Taib bin A.Bakar
Penolong Kanan Kokurikulum
SMKSR

telah bertukar ke

SMK Dato Hj. Hassan Yunos

sebagai GPK HEM
bermula 25 Ogos 2008

Kami warga sekolah SMKSR mengucapkan selamat bertugas ditempat baru

Sunday, May 18, 2008

PEMANTAUAN PUSAT SUMBER CEMERLANG 2008

Pemantauan Pusat Sumber cemerlang Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 28 Julai 2008 Semoga dengan berkat usaha dan doa semua pihak kita akan berjaya.
"SEMOGA BERJAYA"
.
.

Saturday, January 19, 2008

Sek Men Simpang Rengam, Johor

VISI SEKOLAH

  • Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam sebagai sebuah sekolah yang terbaik di kalangan yang terbilang.

MISI SEKOLAH


  • Memartabatkan SMK Simpang Rengam sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang ko-kurikulum dan kurikulum.
  • Membentuk dan melahirkan insan yang berketerampilan, berwawasan, berwibawa serta berakhlak mulia.
  • Menyediakan prasarana terbaik yang dapat memenuhi wawasan pendidikan.
  • melahirkan wargenegara yang dapat menyumbangkan kepada pembangunan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
FALSAFAH SEKOLAH

  • Bahawa pelajar- pelajar di sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk berkembang maju dalam bidang intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Tenaga pengajar sekolah ini berpengetahuan, berkeupayaan, berkemahiran, bersemangat dan mempunyai kecekapan serta berkebolehah ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan berkualiti bagi menghasilkan pelajar serba boleh.
  • Sekolah ini berkeupayaan menyediakan kemudahan fizikal dan pengurusan pendidikan yang cekap untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, dan negara.

SESI PERSEKOLAHAN

- Sesi Pagi : Pelajar tingkatan 3, 4 dan 5
- Sesi Petang : Pelajar tingkatan 1 dan 2

KATEGORI PELAJAR

1. Pelajar Kelas Aliran Agama
2. Pelajar Kelas Rancangan Khas
3. Pelajar Aliran Biasa
4. Pelajar Pendidikan Khas

ENROLMEN

Bilangan pelajar seramai 2070 orang
Bilangan pelajar asrama seramai 432 orang
Bilangan Guru seramai 121 orang
Bilangan staf bukan guru seramai 15 orang


MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
i. Bahasa Arab Komunikasi (tingkatan 1-3)
ii. Bahasa Arab Tinggi (tingkatan 4-5)
4. Bahasa Cina
5. Bahasa Tamil
6. Sains
7. Matematik
8. Matematik Tambahan
9. Fizik
10. Kimia
11. Biologi
12. Teknologi Kejuruteraan
13. Lukisan Kejuruteraan
14. Reka Cipta
15. Kemahiran Hidup
16. Prinsip Akaun
17. Ekonomi Asas
18. Perdagangan
19. Tasawwur Islam
20. Pendidikan Islam
21. Syariah Islamiah
22. Al Quran dan Sunnah
23. Sejarah
24. Geografi
25. Pendidikan Seni Visual
26. Sivik dan Kenegaraan
27. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
28. English and Science in Technology



Catatan :

Kami warga sekolah SMK Simpang Rengam berusaha merapatkan jurang antara sekolah dengan komuniti . Blog yang kami bina ini diharap dapat membantu pelajar dan ibubapa serta penjaga mendapatkan maklumat dari pihak sekolah secara terus. Banyak maklumat yang kami ingin kongsikan untuk menafaat bersama. Segala komen bolehlah dimajukan dalam ruang komen dibawah.... Terima kasih.

Sila lawat kami di Bahagian Informasi Sekolah. Informasi bahagian ini dikembangkan mengikut bidang masing-masing. Semoga maklumat yang diberi akan mendekatkan lagi Sekolah SMK Simpang Rengam dengan ibubapa serta masyarakat sekeliling.

Pihak sekolah berterima kasih kepada semua yang membantu dalam membina Blog Sekolah. Komitmen anda mendorong pembangunan dan kejayaan sekolah. Terima kasih.