Saturday, January 19, 2008

Sek Men Simpang Rengam, Johor

VISI SEKOLAH

  • Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam sebagai sebuah sekolah yang terbaik di kalangan yang terbilang.

MISI SEKOLAH


  • Memartabatkan SMK Simpang Rengam sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang ko-kurikulum dan kurikulum.
  • Membentuk dan melahirkan insan yang berketerampilan, berwawasan, berwibawa serta berakhlak mulia.
  • Menyediakan prasarana terbaik yang dapat memenuhi wawasan pendidikan.
  • melahirkan wargenegara yang dapat menyumbangkan kepada pembangunan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
FALSAFAH SEKOLAH

  • Bahawa pelajar- pelajar di sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk berkembang maju dalam bidang intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Tenaga pengajar sekolah ini berpengetahuan, berkeupayaan, berkemahiran, bersemangat dan mempunyai kecekapan serta berkebolehah ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan berkualiti bagi menghasilkan pelajar serba boleh.
  • Sekolah ini berkeupayaan menyediakan kemudahan fizikal dan pengurusan pendidikan yang cekap untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, dan negara.

SESI PERSEKOLAHAN

- Sesi Pagi : Pelajar tingkatan 3, 4 dan 5
- Sesi Petang : Pelajar tingkatan 1 dan 2

KATEGORI PELAJAR

1. Pelajar Kelas Aliran Agama
2. Pelajar Kelas Rancangan Khas
3. Pelajar Aliran Biasa
4. Pelajar Pendidikan Khas

ENROLMEN

Bilangan pelajar seramai 2070 orang
Bilangan pelajar asrama seramai 432 orang
Bilangan Guru seramai 121 orang
Bilangan staf bukan guru seramai 15 orang


MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
i. Bahasa Arab Komunikasi (tingkatan 1-3)
ii. Bahasa Arab Tinggi (tingkatan 4-5)
4. Bahasa Cina
5. Bahasa Tamil
6. Sains
7. Matematik
8. Matematik Tambahan
9. Fizik
10. Kimia
11. Biologi
12. Teknologi Kejuruteraan
13. Lukisan Kejuruteraan
14. Reka Cipta
15. Kemahiran Hidup
16. Prinsip Akaun
17. Ekonomi Asas
18. Perdagangan
19. Tasawwur Islam
20. Pendidikan Islam
21. Syariah Islamiah
22. Al Quran dan Sunnah
23. Sejarah
24. Geografi
25. Pendidikan Seni Visual
26. Sivik dan Kenegaraan
27. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
28. English and Science in Technology



Catatan :

Kami warga sekolah SMK Simpang Rengam berusaha merapatkan jurang antara sekolah dengan komuniti . Blog yang kami bina ini diharap dapat membantu pelajar dan ibubapa serta penjaga mendapatkan maklumat dari pihak sekolah secara terus. Banyak maklumat yang kami ingin kongsikan untuk menafaat bersama. Segala komen bolehlah dimajukan dalam ruang komen dibawah.... Terima kasih.

Sila lawat kami di Bahagian Informasi Sekolah. Informasi bahagian ini dikembangkan mengikut bidang masing-masing. Semoga maklumat yang diberi akan mendekatkan lagi Sekolah SMK Simpang Rengam dengan ibubapa serta masyarakat sekeliling.

Pihak sekolah berterima kasih kepada semua yang membantu dalam membina Blog Sekolah. Komitmen anda mendorong pembangunan dan kejayaan sekolah. Terima kasih.

7 comments:

SMK Simpang Rengam said...

Perlu diperbaharui sentiasa

Anonymous said...

assalamualiakum...Thniah kpda warga smksr krna telh bjaya mbuet lman web....
OK...tp perlu la dperbaharui lgi kpda yg terbaik,,,
Good luck 2 SMK SIMPANG RENGAM....

tn.azhar said...

tahniah!

Anonymous said...

spm 2008 mesti sukses!!!

Anonymous said...

semoga pelajar tahun 2009 mencipta sejarah pada tahun ini dalam peperiksaan pmr & spm .selamat berjaya .......

Anonymous said...

assalamualaikum...
sy bks pljr smksr 2008....
rindu sgt2 kat semua guru2 yang telah mengajar sy especially guru2 yg mengajar kelas 5ti 2008.
cikgu jasa mu dikenang selalu...
terima kasih atas segala ilmu mu....

from: siti rahimah binti zaini

Anonymous said...

assalamualaikum. sye nk mmbrithu kpd armizi tlg wt yg trbaik....smoga sye dpt jmpa dgn awk cuti nnti insyaallah....tlg brubh dn jauhkn dri prbuatan yg mmbnci allah... smpi sni sjalh sye doakan awk sntiasa bhgia.....assalamualaikum GUD LUCK