Sunday, October 10, 2010

Info KPM : Lanjutan Tempoh Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Sekian, terima kasih.

No comments: