Tuesday, July 16, 2013

TAHNIAH!!!

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua atlet yang mengambil bahagian dalam Pasukan Bola Sepak Kami Anak Simpang Rengam...jasamu dikenang! 


Pasukan Kami Anak Simpang Rengam (KASR) FC telah menyertai Liga 1MC bawah 14 tahun bagi Zon Selatan di Batu Pahat baru-baru ini..Pasukan ini telah berjaya menjuarai Liga ini dengan jayanya setelah menundukkan semua lawannya dengan skil-skil cemerlang yang berjaya dipamerkan. 

Untuk makluman, pasukan ini ditubuhkan dengan menggabungkan pelajar dari 3 buah sekolah iaitu SMK Dato' Abdul Rahman Andak, SM Datuk Ibrahim Majid dan SMK Simpang Rengam. Jurulatih pasukan ini ialah Encik Rosli Utoh.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk bergiat aktif dalam bidang sukan dan berusaha untuk menjadi yang terbaik!

Senarai keputusan:

Pemain terbaik perlawanan akhirFauzan Ikmal 2KAA3


Johan: Kami Anak Simpang Rengam (KASR)
Naib johan: Footwork Skill A
Ketiga: Muda FC
Keempat: Harimau Mega B
Penjaga gol terbaik: Mohd Zulhaiqal (KASR)
Penjaring terbanyak: Mohamad Lokman Hakim (Footwork Skill A)
Pemain tebaik Liga: Mohamad Hairol Badrul (Footwork Skill A)
Trofi permainan bersih: Footwork Skill

No comments: